PENYANYI
Magskin
GITAR
Magskin
BASS Anaskin Skywalker
DRAM Zul
PENYANYI LATAR Anaskin Skywalker
PENERBIT Magskin
PENERBIT EKSEKUTIF WP Tang
PENYELARAS A & R WP Tang
SUSUNAN MUZIK Magskin
STUDIO RAKAMAN Craze Studio,
Petaling Jaya, Selangor
JURUTERA RAKAMAN & ADUNAN Marlin &
Dot
JURUTERA MASTERING CL Toh
STUDIO MASTERING Mastering One
FOTOGRAFI Nazmin @ Musicexchange
IDEA & KONSEP KULIT ALBUM WP Tang
REKABENTUK & GRAFIK KULIT ALBUM Troy
@ Juxtapoze Design
URUSAN PEMASARAN The Skinheads
URUSAN PROMOSI Babyskin & Skingirl
URUSAN ARTIS & PERSEMBAHAN Soul
Production House & Zul
TERBITAN Clockwork Records
EDARAN EMI (Malaysia) Sdn Bhd
Nota: Kecuali lagu-lagu baru, semua lagu adalah persembahan asal
kumpulan Sofea (SYJ). Versi asal
lagu Bersama Semula yang berjudul Our Country terdapat dalam
album Skinhead 4 Life
(2001)
UCAPAN
"Orang Timur adalah sebuah
penghargaan buat lagenda kumpulan rock 'jalanan' tanahair,
SYJ/Sofea yang merupakan
inspirasi dan idola ACAB selama ini. Bermula dari Battle Of The
Bands, SYJ telah memukau kami dengan penampilan mereka yang
agresif, muzik yang keras bersama lirik-lirik realiti lengkap
dengan unsur-unsur penentangan dan bahasa-bahasa kesat
disampaikan begitu efektif dengan cara mereka yang tersendiri
jauh terkeluar daripada kelompok muzik 'typical' Melayu yang
terus layu dan hanyut dengan lagu-lagu cinta dan airmata yang
tiada kesudahan. Pada zaman di mana 'artis-artis' sibuk
memperagakan karya komposer-komposer terkenal, SYJ keluar dengan
hasil ciptaan mereka seperti Orang Timur, Hati Syaitan, Mata
Sepet dan Teruskan yang amat memBANGGAkan. Mereka kemudiannya
menukar nama kepada Sofea dan telah menghasilkan album pertama
berjudul Kembali dengan lagu-lagu seperti Kawasan Larangan,
Kembali, Debu Khayalan, dll. yang bagi kami merupakan salah satu
daripada album rock terbaik tempatan. Begitu juga dengan album
Anak Liar & Boneka Pentas yang memuatkan lagu-lagu seperti Anak
Liar, Titik-Titik Noda, Bunga Padang Pasir, Syurga Di Hujung
Jarum, dll. cukup membuatkan kami terpengaruh. Telah lama kami
bercadang untuk menghasilkan album penghargaan ini dan sekarang
merupakan masa yang paling sesuai untuk ACAB mengenalkan
mereka-mereka yang disanjungi kepada para pengikut sekalian.
Kami membesar dengan muzik-muzik SYJ/Sofea dan adalah tidak adil
bagi kami untuk tidak mengetengahkan kumpulan yang membuatkan
kami mula bermain muzik. Walaupun agak berbeza dengan
album-album ACAB sebelum ini, kami berharap agar kalian dapat
menerima dan terhibur dengan lagu-lagu kegemaran kami dan buat
para pengikut ACAB, terimalah Perjuangan dan Bersama Semula
sebagai langkah-langkah untuk mendekati bahasa Melayu dalam
muzik kami. SYJ/Sofea akan sentiasa berada di satu sudut yang
istimewa di setiap hati kami. Hanya ada satu sahaja album
seperti ini yang akan kami sampaikan. 'Orang Timur' ditujukan
khas buat mereka-mereka yang sentiasa memberikan sokongan dan
dorongan tanpa henti buat ACAB dan juga ditujukan khas buat Amir
dan Man Rani di mana jua mereka berada. CHEERS! Suspend the 'Mat
Rock' prejudice, sit down, listen & concentrate... and you'll be
OK" - ACAB
TRIVIA
Kulit album ini memaparkan
senikata dengan latar belakang gambar kumpulan
Sofea/SYJ.
PENAFIAN
Semua isi kandungan dan bahan-bahan dalam laman web Muzik Rock (www.muzikrock.com)
ini termasuk maklumat, tulisan, gambar, senikata dan klip
audio/video adalah hak milik eksklusif para individu, penulis,
karyawan dan artis serta pihak media cetak, stesen TV dan
syarikat rakaman yang berkaitan, sama ada dinyatakan atau pun
tidak. Sebarang penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini
adalah ditanggung sepenuhnya oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab tersebut