Konsert Misteri
Kembali - penonton hanya 1,000
oleh
Nas AhmadPentas Taman
Pancutan Air Berirama di Pulau Sentosa, Singapura, memang
menjadi tempat untuk konsert rock. Sebab pulau ini jauh dari
kawasan perumahan. Kalau agak nak memekak, nak berdentam-dentum,
nak tunggang berbalik bagai nak rak sekalipun, tak siapa yang
larang. Asal jangan bikin kacau suudahlah!
Konsert Misteri Kembali, anjuran Sport Arts juga telah
berlangsung di sini pada hari Sabtu 5 Ogos 89 yang lalu. Agak
pelik juga nama konsert ini 'Misteri Kembali', tapi menurut satu
sumber ini adalah menggambarkan kesemua kugiran yang menyertai
konsert ini adalah dari kugiran yang pernah berpecah, lama tak
muncul, atau yang telah bertukar ahli baru.
Kugiran
Aces, Justice,
The Unwanted dan
Medicine telah menjayakan
konsert tersebut. Dekorasi pentasnya menarik, sistem bunyi dan
penataan cahayanya pun memuaskan, tapi penonton cuma 1,000 orang
sahaja!
Kugiran Justice membuka tirai persembahan konsert ini. Mereka
kelihatannya lincah tapi tidak punyai gaya yang menarik. Mereka
mendendangkan lagu Pribumi, Filosopi, Children Of The Dammed
(Iron Maiden) dan lagu instrumental Losfer Word (Iron Maiden).
Persembahan Aces kelihatannya lebih pada
gitar work. Mereka
mendendangkan lagu Hidup, Seksa, Kehadiran Rindu, Disciple Of
Hell dan Far Beyond The Sun (Iron Maiden). Eh! kenapa pula ramai
yang nyanyi lagu Iron Maiden malam ni. Terkena badi Iron Maiden ke?
Agak malang bagi kugiran The Unwanted. Persembahan mereka malam
itu dari segi gaya, suara dan muzik semuanya
menghampakan. Bagi penyanyi utamanya, Mohd. Fadzillah, mungkin
inilah kali pertama dia naik pentas hingga gelagatnya ketara 'mati
kutu'. Dia cuma mampu merayau-rayau di atas pentas sambil
menyanyi. Dalam lagu keempat mereka Gates Of Babylon (Rainbow) tarikan suaranya hilang! Ini membuatkan anggota yang lain jadi
'fed up' lalu angkat kaki beredar. Mereka sepatutnya
menyampaikan 5 buah lagu!
Malam itu sokongan penonton bertumpu kepada Medicine. Kemunculan
kugiran ini telah merubah suasana yang muram sejak awal tadi
kepada kehangatan. Bila saja juruhebah Adnan Maswan mengumumkan
kemunculan Medicine, penonton semuanya bersorak bagai tak sabar
lagi untuk rockin' bersama.
Penyanyi utama Medicine -
Ijam berlari keluar dari bilik artis
menuju ke pentas. Malangnya dia terlanggar tangga kecil di depan
pentas lalu jatuh tersembam. Sakit tu kena tulang kering! Tapi
dia 'cover' semula dengan bangun dan membuat sedikit gimnastik.
Penonton kagum!
Medicine menghidupkan suasana malam itu dengan lagu-lagu mereka,
Rimba Cintaku, Jangan Lupa, Rentak Kehidupan, Bad Boy Running
Wild (Scorpions), Running Free (Iron Maiden laaagi) dan
lain-lain. Tahniah Medicine!
Keseluruhannya, ramai penonton hairan kenapa banyak sangat lagu
barat dalam konsert ini, sampai orang naik bosan.
Penganjur Sport Arts mungkin kecewa malam ini. Tapi mereka di
jangka akan muncul lagi dengan suatu konsert yang jauh lebih
baik dari ini.
© 15 Oktober
1989 URTV |