Festival Muzik
meriahkan Pulau Sentosa
oleh
Nas AhmadPengunjung
ke Pulau Sentosa, Singapura pada hari Ahad 23 Julai 89 merasa
bertuah kerana dapat menonton suatu konsert percuma yang luar
biasa - persembahan 20 buah kugiran dan 4 artis solo dari bakat
baru dan yang dah ternama! Kemeriahan terasa dari awal konsert
hingga ke penghujungnya bila sebilangan penonton ikut sama
menyanyi.
Persembahan
'Festival Muzik' itu dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan
Sentosa, Singapura bermula dari jam 3.30 petang hingga 10.30
malam. Lapan buah syarikat rakaman telah menghantar beberapa
artis-artis mereka menyertai festival ini. Mereka yang terlibat
ialah Kugiran Odyssey dan
penyanyi Thomas Teo dari Polygram, Hurricane dari Platinum
Records, Odd Fellows dari BIGO Records, kugiran
Eazy,
Last Minute,
KRAX,
Helter Skelter dan
Rockers dari Life Records,
Justice dari Hassim Studio,
penyanyi Sharm, Azhar Ahmad, Joe Tsio, kugiran History dan
Anesthesia dari BMG (wakil syarikat PMC di Singapura), dan
penyanyi Angeline Kong, Maizurah Hamzah, kumpulan padu suara
Sunshine Kids, kugiran
Lovehunters dari WEA.
Kugiran Puteri
yang turut serta tidak dihantar oleh syarikat rakamannya SRC,
mereka dihantar oleh Muzika Records. Selain itu terdapat juga
artis yang muncul secara persendirian seperti kugiran Fire
Machine, The Islanders, Bai Ravi Orchestra, Drifters dan Tomato.
Tiap artis mempersembahkan di antara 2 hingga 4 buah lagu.
Konsep Festival
Muzik itu ialah untuk menonjolkan muzik kontemporari dari 3
lapisan masyarakat di Singapura iaitu Melayu, Cina dan India,
tapi di beberapa ketika didapati keadaan terkeluar dari konsep
asal - bertukar jadi konsert rock. Ini kerana sebahagian besar
pesertanya adalah kugiran rock!
Kugiran Rockers
yang memulakan persembahan dengan lagunya 'Harakah' dapat
mencuri hati penonton, sampaikan atas permintaan ramai mereka
terpaksa naik pentas lagi di akhir persembahan festival ini.
Kugiran
Lovehunters muncul tanpa Moliano (lead guitarist) yang
masih dirawat kerana sakit buah pinggang. Tempat Moliano diganti
oleh seorang pemuzik sessionist. Mereka membawakan lagu
Realiti dan You Really Got Me (Van Halen).
Helter Skelter
membawakan 2 buah lagu iaitu Tragedi dan Seek And Destroy (Metallica).
Maizurah Hamzah
yang muncul dengan 2 buah lagu ciptaan
Ramli Sarip 'Kau Yang
Pertama' dan 'Cara Sendiri' membuktikan dia ada potensi untuk
jadi top bila album sulungnya siap nanti. Dia diiringi
oleh muzik minus one.
Kalau fasal
menjerit - serahkan saja pada kugiran KRAX. Dari mula naik
pentas sampai turun pentas mereka gasak menjerit. Ada potensi
untuk jadi Tarzan!
Kugiran Tomato
pula, sungguhpun buah tomato lembik tapi kugiran Tomato keras,
mungkin tomato batu agaknya!
Juruacara
festival itu ialah Brother Rock Adnan Maswan dan Jasni Jamil.
Festival yang berlangsung di Taman Bunga Sentosa itu diadakan di
sebuah pentas temporari yang comel dan sempit. Akibatnya artis
dengan artis selalu berlaga, baik tak bertelur di dahi! Kepada
artis yang kena giliran persembahannya pada sebelah petang nasib
kurang baik. Pentas tersebut tak berbumbung, cuaca pula panas
terik. Maka basah kuyuplah artis tersebut bermandi peluh
bagaikan tikus jatuh longkang. Kasihan! Tapi... rock terus
rock!!
© 15 Oktober
1989 URTV |