Lagu Inggeris Babylon
best!
oleh
Nas Ahmad
Lagu-lagu rock barat memang hebat.
Muziknya padat, melodinya terangkat. Tapi sayang kebanyakan
liriknya kotor, soal sex bebas, soal dadah, soal ilmu
hitam, yang semuanya sama sekali tak ngam dengan rockers
kita. Kerana itu langkah kumpulan
Babylon merakamkan 2 iagu Inggeris dalam album sulung mereka
adalah suatu langkah baik, kerana liriknya dikekalkan bersih
macam kebanyakan lagu kita juga. Kalaulah lepas ni nanti semua
rock band kita ikut buat begini pasti akan mengalihkan
minat rockers kita pada lagu-lagu ciptaan tempatan.
Lagu Metal
Fire dan Fight For Freedom dari Babylon keduanya
ciptaan Hassan dan Hussein lirik oleh Arabi. Wow, ada talent
laa! Kalau tak tau siapa penyanyinya pasti ramai orang sangka
ini lagu barat, mungkin dari White Lion, Damn Yankees
atau Steelheart. Kalaulah Babylon berpeluang rakamkan
lagu-lagu ini di studio yang lebih kelas lagi tentu Mat Saleh
rocker pun ternganga mendengarnya!
Kumpulan
Fotograf pun pernah rakam lagu
Inggeris. Macam mana agaknya nanti kalaulah rock band
barat rakam lagu lirik Melayu pulak? Bayangkan kalau
WhiteSnake rakam iagu Anak Kucing Berkuku Tajam (Kittens
Got Claws), Def Leppard rakam lagu Cewek (Woman),
atau Pretty Boy Floyd rakam lagu Mak Engkau Tak Tau (Your
Mama Won't Know), pasti gamat sekampung!
Okey!!, album
Babylon terbitan doktor rock kita M. Nasir baru saja masuk kedai
pada 11 Jun lalu. Rockers bolehlah cari album ini di
mana-mana kedai kaset. Dengarkan lagu Harum Berbisa, liriknya
punya pengertian yang luas. Terserah pada anda untuk
mentafsirkan sendiri. Mungkin boleh ditafsirkan sebagai bencana
penyalahgunaan dadah, mungkin juga boleh ditafsirkan sebagai
akibat tergoda cinta palsu. Cuma yang pasti lirik ini bermutu.
Syabas kepada penulisnya Ram Ghazali. Wa prakkkk lama lu!!.
Lagu Suara
Syaitan macam lagu-lagu DIO. Cuma bezanya lagu DIO
selalunya dalam satu lagu ada bertukar-tukar rentak tapi lagu
ini cuma pakai 2 rentak saja. Penggunaan kesan bunyi bikin lagu
ini tambah ngam, disertai pulak dengan suara jeritan vokalisnya
yang powerful. Wow, baik punya!.
Lagu-lagu
rock ballad seperti Api Cinta umpamanya ada peminatnya
sendiri, tapi bagi sebilangan orang lain lagu begini terlalu
slow, rasa macam nak tertidur. Korrr!!!! Lirik lagu tulisan
S. Amin Shahab kebanyakannya bermutu dan pasti punyai sesuatu
mesej. Seperti dalam lagu Dunia Konkrit antara liriknya berbunyi
'Jika Kau Lalai Dalam Dunia Konkrit, Nanti Kau Jugakan Ditindih
Konkrit', cuba renungkan....
Babylon
dianggotai oleh Mohd. Hussein Abd. Ghaffor - vokal, Mohd. Hassan
Abd. Ghaffor - lead, Kamarulzaman Kamaruddin - bass, dan Nahar -
dram. Merenung wajah anggota kembar Hassan don Hussein naik
hairan pulak. Macam mana wajah kamu berdua boleh sebiji macam
wajah Abu (MAY), agak dah berpakat
ke?
© 15 Ogos
1990 URTV |