'Perawan Kota'
Brainwash
oleh
Nas Ahmad
Kari Penang, Laksa Penang, Rojak
Penang, semua tu kita dah pekena, punyalah sedap sampai tak puas
makan sepinggan. Bila tak pekena seminggu mulalah rindu-rinduan,
yeah! Oitt, apa kata sekarang kita pekena rock Penang pulak,
kita rasa penangannya, hebat tak? Dari Penang munculnya kumpulan
Brainwash yang baru saja
melahirkan album sulung bertajuk Menanti Kepastian keluaran EMI.
Mula-mula sekali bila tengok kaset
mereka kita termenung tengok gambar depan kaset ni. Wow, cantik!
Gambar ilustrasi seekor sotong gergasi, bidadari cun berdiri
tercegat kat kepalanya, entah mambang mana agaknya tu. EMI
memang selalu pakai gambar-gambar illustrasi fantasi macam ni
untuk gambar depan kaset-kaset keluarannya. Sebelum ni kita dah
tengok gambar-gambar fantasi di album
Ekamatra,
Bloodshed,
Alfa,
Arab & Aidit, dan banyak lagi.
Good idea, keep it up!
Tengok pada gambar album yang 'garang'
tu tentu ramai yang sangka Brainwash main heavy metal. Ya,
Brainwash memang kumpulan heavy metal, tapi cuma di
konsert aja. Lagu-lagu mereka dalam album ni tak heavy sangat.
Vokalis kumpulan ini Zafe kata mereka terpaksa main rock
lembut dalam album ni untuk jaga pasaran. Kalau diturutkan
hati mau aja mereka belasah heavy metal sahaja. Lagu
heavy yang selalu mereka bawa di konsert ialah Heavy Chains
(Loudness), dan As Above As Below (Rising Force).
Penang memang těrkenal dengan
borianya. Sebab itu kumpulan Brainwash masukkan sedikit unsur
boria pada lagu mereka bertajuk Dari Tanah. Lagu ciptaan
Brainwash lirik Usop ni ada di keratan 2, muka 1. Lagu-lagu lain
yang menarik di sini ialah Memang Sengaja Kau, Mentari Pasti
Hilang, Darah Hitam dan Perawan Kota.
Brainwash dianggotai oleh Zafe (vokal),
Zai (gitar), Chico (bass) dan Yan (dram). Empat orang aja cukup
ke? Tambahlah lagi seorang main trumpet maut, yea.
Brainwash mula dapat peluang rakam album bila mereka menjuarai
Juara Rock di Pesta Pulau Pinang tahun lepas. Di pertandingan
itu mereka mengalahkan 81 buah kumpulan lain. Pengadil
pertandingan itu Hillary Ang
dan Fauzi Marzuki naik syok tengok persembahan mereka lalu terus
offer jadi artis EMI.
Belum pun buat rakaman, Brainwash
telah berpeluang bermain di Medan, Indonesia atas usaha dari
kerajaan negeri. Selain dari Medan mereka juga berpeluang
bermain di 5 tempat lain di sekitar kawasan tersebut. "Muzik
dangdut masih kuat di sana, tapi rock tetap dapat sambutan hebat"
kata Chico. "Cuma rock di sana agak ketinggalan sikit. Mereka
baru nak dengar Led Zeppelin sedangkan di sini tau
Led Zeppelin dah lama berpecah. Tapi ada juga sebilangan
rockers di sana yang kepala heavy. Mereka minta
kami main lagu Metallica. Disebabkan kami tak dapat main
Metallica jadi kami tukar dengan lagu Riot.
Nampaknya mereka gembira," sambungnya lagi.
Sempena kelahiran album sulung ini,
Brainwash sekarang sedang sibuk buat promosi di seluruh negeri.
Mereka masuk bandar keluar bandar, masuk kedai keluar kedai,
panjat pokok turun pokok, supaya peminat tambah ramai.
© 15 Disember
1991 URTV |