Helter Skelter
nyanyikan "Bila Mama & Papaku Rock & Roll"
oleh
Nas Ahmad
Muzik Hard Rock nampaknya
semakin digemari ramai. lanya adalah suatu dari rangkaian muzik
rock yang bersifat tidak terlalu heavy dan tidak terlalu
slow. Muzik jenis ini senang didengar, difahami dan
sesuai untuk semua pendengar. Selepas
Ramli Sarip,
Lovehunters, dan sebagainya,
kugiran Helter Skelter
kini muncul dalam golongan yang sama. Album solo pertama mereka
edaran Life Records kini sedang mendaki ke puncak pasaran. Dalam
masa 3 bulan pertama pengedaran album, telah meraih taraf
gold disc. Tahniah kepada anggota Helter Skelter dan
penerbitnya, Razzi M.
Di manakah letaknya keistimewaan
album ini? Paling ketara ialah pada susunan muziknya yang rapi,
pemilihan lagu-lagu yang tepat, dan persembahan yang mahir.
Segala ini secara tak langsung telah menutup kenyataan bahawa
Helter Skelter adalah sebuah kugiran yang baru saja menghasilkan
satu album solo! Dari sudut lirik lagu, Helter Skelter tidak
bertumpu pada soal cinta-cinta belaka. Liriknya lebih kepada
asuhan moral dan ketuhanan. Menjadikan semua lirik dalam album
ini bermutu. Pendengar bukan saja dapat hiburan kosong tapi
dapat juga manfaat yang lain di sebaliknya. Hanya 2 buah lagu
cinta terdapat dalam album ini iaitu 'Pencuri Hati' dan 'Dayang'.
Raja Azman penyanyi utama Helter
Skelter punyai suara yang sesuai untuk muzik hard rock.
Suaranya berada dalam nada E Minor dalam lagu bernada
tinggi dan turun kepada D Sharp Minor dalam lagu bernada
rendah. Untuk menangkap selera peminat muzik thrash metal
- sebuah lagu berentak ini diselitkan sebagai lagu akhir.
Lagunya 'Pesta Rock' adalah saduran dari lagu barat 'Clash
Course In Brain Surgery' oleh kugiran Budgie tapi
dipopularkan oleh Metallica. Lagu ini hanyalah kajian,
untuk mengukur sejauh mana penerimaan pendengar terhadap muzik
Thrash cara Melayu.
Kehadiran Azhar Abu Bakar sebagai
pemuzik jemputan (sessionist) dalam album ini memang
berfaedah. Persembahan sintisizernya dalam lagu 'Menara
Kehidupan' telah menambah kesegaran lagu itu. Alat sintisizernya
itu telah dihubungkan kepada Midi untuk menghasilkan
bunyi yang lantang (macam bunyi orkestra).
Ada suatu yang agak kelakar.
Kalaulah emak dan bapa anda selalu bertekak, bertegang urat,
diiringi dengan periuk, belanga terbang melayang-layang,
diputarkan saja lagu 'Bila Mama Dan Papaku Rock And Roll' dari
album ini. Mungkin liriknya boleh meredakan keadaan. Lagu 'Kejar
Bayangan' hanya menggunakan akoustik gitar, bass, dan lead di
awal lagu. Drum hanya digunakan sebentar iaitu pada muzik
penutup laqu ini.
Dari lagu dan persembahan, sampai
pula pada ilustrasi album. Album ini punyai gambar ilustrasi
yang unik. Terdapat sekuntum bunga berwarna emas di sini,
sebagai simbolik Helter Skelter yang bagalkan bunga yang baru
berkembang, warna emas melambangkan harapan mereka agar album
ini sekurang-kurangnya pun mencecah gold disc. Nampaknya
harapan mereka itu telah pun jadi kenyataan. Ilustrasi unik ini
dilukis oleh Manaf - pemain gitar utama dan ovation acoustic
kugiran ini. Beliau juga adalah seorang graphic designer
di sebuah syarikat swasta Singapura dan pernah ikuti kursus
grafik di Nanyang Fine Arts. (M. Nasir dan S. Amin Shahab dulu
pun pernah belajar di sini).
Album ini mengambil masa setahun
untuk disiapkan. Tak hairanlah mengapa kualitinya baik!
© 15 Oktober
1989 URTV |