
29 Disember 2006
Konsert
Search
yang dijadualkan pada 7 Januari 2007 di Stadium Larkin JB telah
dibatalkan untuk menghormati mangsa banjir. Tarikh baru akan
diumumkan kelak.
-
24 Disember 2006
Sebuah
konsert terbuka iaitu Konsert Gegaran Mutiara.FM
diadakan di Padang Dataran Pemuda, Butterworth pada hari
ini jam 8.30 malam. Konsert ini menampilkan
MAY,
Kristal,
Def-Gab-C, Bandi
Amuk,
Awie dan
Fenomena (Juara Rhythm
of Champion 2006)
-
22
Disember 2006
Filem
Rock arahan
Mamat Khalid memenangi anugerah Pelakon Terbaik Anugerah Skrin
ke-8 melalui lakonan Hasnul Rahmat sebagai penyanyi rock.
-
21
Disember 2006
Ada beberapa keluaran terbaru vcd dan album yang baru
aku dapatkan, yang pertama ialah vcd Mega & Fotograf -
Reunion Live at Planet Hollywood. Setelah menontonnya
aku rasa vcd ini memang patut dijadikan koleksi bagi
setiap peminat kumpulan rock lama-lama seperti ini. Pada
aku Fotograf
menampilkan sebuah persembahan yang hebat, selain vokal
Shamrin yang masih bertenaga, pemain drum Ringgo yang
masih tidak berubah penampilannya dan yang paling
menarik sudah tentulah kerana penampilan istimewa
gitaris handalan Opie (Bloodshed)
yang membawakan setiap lagu-lagu nostalgia Fotograf
dengan amat menarik sekali. Kumpulan
Mega pula hadir dengan
menampilkan vokalis asal
Zarith di samping Rahmad dan gitaris adik beradik -
Adi & Sam. Persembahan mereka semua sememangnya menarik,
bukan hanya sekadar nostalgia tapi mereka benar-benar
membuktikan bakat mereka sebagai kumpulan rock yang
pernah popular satu masa dulu.
Seterusnya ada beberapa album yang berjaya menarik
perhatian aku, pertama sekali penyanyi rock solo
Bard dengan album
pertamanya berjudul
R1. Album ini dikatakan membawa konsep heavy metal
bercampur rock dan baru saja berada di pasaran. Kedua
ialah album Royce,
penyanyi wanita yg pernah muncul dengan album solo
ketika zaman muzik alternatif hampir malap dulu. Kini
Royce tampil dengan band pengiring yang turut dianggotai
oleh gitaris Matnor Hendrix (Rusty
Blade). Album kedua Royce yang berjudul Yang Lazat
ini adalah sebuah album rock yang menampilkan susunan
muzik menarik serta vokal Royce yang tersendiri. Akhir
sekali aku tertarik dengan album kumpulan
Malex yang berjudul Wira
Kosmo. Album ini kurang meluas pengedarannya, sama
seperti album-album mereka yang terdahulu. Malex ialah
sebuah kumpulan dari Singapura yang
memperjuangkan lagu-lagu rock keras dengan lirik-lirik
berbahasa melayu, dan sekarang nampaknya mereka cuba
untuk menerjah pasaran tempatan dengan lebih meluas lagi.
-
16
Disember 2006
Konsert Rock The
World 7 berlangsung di Stadium Merdeka, KL menampilkan 50 artis/band.
-
15
Disember 2006
VCD konsert
Fotograf &
Mega di Planet Hollywood KL baru saja dipasarkan.
-
9
Disember 2006
Konsert
Guitaristrories menampilkan kumpulan Lives (Kid &
Noordin Taib)
dan artis rock lain berlangsung di Backroom, KL.
-
8
Disember 2006
Pertandingan separuh
akhir Juara Lagu 2006 kategori Pop Rock telah berlangsung di
mana kumpulan Pretty Ugly telah berjaya ke
peringkat akhir dengan lagu Diari Seorang Lelaki.
-
1
Disember 2006
Pertandingan separuh
akhir Juara Lagu 2006 kategori Balada telah berlangsung di mana
Awie bertanding dengan lagu Iris, sementara
Amy (lagu Suralaya
Dalam D Major) telah menarik diri di saat akhir.
-
28
November 2006
Empat buah VCD persembahan live baru saja
dikeluarkan iaitu Konsert Zaman 'Rock Timur'
Ramli Sarip,
Konsert Live Bumiputra Rockers,
Langsuyr at Planet Hollywood dan
Def-Gab-C RWD
0106 The Video.
- |