MUZIKROCK.com
MUZIKROCK.com
17 April 2010
       <description>Empat bulan tak kemaskini laman web dan blog ni. Banyak juga perkara baik dan kurang baik berlaku sepanjang tempoh tersebut. Pertama sekali diucapkan terima kasih kepada semua pembeli Poster Kalendar Rock Kapak 2010. Kepada sesiapa yang telah menempah poster tersebut dalam bulan April ini, anda masih boleh membuat pembayaran bagi mendapatkan poster tersebut sebelum ia menjadi milik orang lain. Sementara itu, pengeluaran produk Muzik Rock Shop yang seterusnya agak terganggu dan sehingga kini masih tertangguh untuk dikeluarkan. Jadi diharapkan anda dapat bersabar dan menunggu pengumuman yang seterusnya. Terdapat dua persembahan muzik rock yang dirancang pada awal tahun ini yang tidak dapat diteruskan. Seperti yang telah dipaparkan di sini sebelum ini, Konsert Radio Rosak dan Konsert Tour Ella telah ditangguhkan sehingga ke tarikh baru yang akan diumumkan nanti. Manakala Konsert Tour Search ke Dublin, London dan Livepool pula telah berjalan lancar pada bulan Februari yang lalu dan melakar satu sejarah baru yang mungkin akan menjadi satu ikutan buat artis/band rock lain pula selepas ini. Pengeluaran album muzik rock pula walaupun masih agak suram (begitu juga dengan genre muzik lain), tetapi boleh dikatakan pengeluaran album baru masih menjadi satu agenda penting dalam memartabatkan muzik rock. Walau bagaimanapun...</description>