|
Dulu, kini & selamanya...
www.muzikrock.com

SENARAI
ARTIS/BAND
KARYAWAN
KOMPILASI
KONSERT

ISTIMEWA
FOTO & GRAFIK
ARTIKEL & ULASAN
SENIKATA

|
YAHOOGROUPS
Sertai segera untuk mendapatkan berita terkini
perkembangan laman web ini melalui e-mel anda.
Klik sini!
SHOUTBOX ROK
Tinggalkan mesej ringkas
anda di sini, atau layari lebih banyak shoutbox artis/band lain
seperti ACAB, Amuk,
Bumiputra Rockers,
Butterfingers,
Cromok,
Crossfire, Ella,
Lefthanded,
MAY,
Rusty Blade, Search,
Sofea,
Sweet Charity,
Wings dan
XPDC

FLYER
KONSERT/GIG
Akan datang! Nantikan...








FLYER
MUZIKROCK.com
Ingin beritahu rakan-rakan anda mengenai laman web muzikrock.com?
Tidak perlu cerita panjang. Hanya sebarkan risalah berikut!


PENGHARGAAN
Terima kasih kepada semua
media cetak, semua stesen radio & TV, semua syarikat rakaman,
semua artis dan band rock yang sudi mengunjungi laman web ini,
dan semestinya kepada semua rokes.
PENYUMBANG
Terima kasih
kepada Aliph,
Apis,
Ariff,
Aseng,
Edrus, Hell Fire,
Revenge,
SGNS,
Sharrul, Sis Dilla, Sis Zieda
dan Soi.
Sumbangan ikhlas anda amatlah dihargai. Sekiranya sesiapa ingin
menjadi penyumbang, sila hubungi
webmaster
HUBUNGI GUA!
khysweb at gmail dot com
PAUTAN
Brader
Rock,
BraderBear,
CarvedIjan,
cLinaku,
Dfebian,
Era
Rock Kapak,
Guitar Legend,
Hanya Rawk N Roll,
Kbakti,
Kegelapan Hidup,
Lirik Lagu Melayu,
Sezali,
SGNS,
Silan,
Tribute to Wings,
TUDM Ditektif,
Watari,
xDollzx
 |
|
|
|

10 Mei 2008
Selesai sudah gig Tribute To Rock
Kangkang (TTRK) Part II yang ditunggu-tunggu pada Ahad lalu. Apa yang membuatkan
aku tertarik dengan gig itu hingga mempromosikannya berminggu-minggu di muka
depan laman web muzikrock.com? Ia bermula pada Mei 2007, ketika aku menyaksikan
gig di pentas utama Central Market, bertemakan 80's The Never Ending Rock Story.
Sekarang ini bila aku mengingatnya, ia lebih kurang Tribute To Rock Kangkang
juga, mungkin Part 0? Aku tertarik bila menyaksikan lagu-lagu rock tempatan dan
luar negara dimainkan semula oleh bands baru. Paling menarik bila mereka
menjemput otai rock kita sebagai satu penghargaan. Sebab itu bila diadakan gig
TTRK Part I pada bulan Februari lalu, aku usahakan untuk hadir lagi bagi
menyaksikan lebih banyak bands, lebih menarik tentulah kerana kali ini bands
diwajibkan membawa 2 buah lagu cover rock kangkang! Aku berpuas hati dengan apa
yang disaksikan lalu menyebarkan rakaman gig itu melalui
youtube. Dari situlah
bermulanya perbincangan muzikrock.com dengan penganjur gig TTRK untuk
bekerjasama mempromosi gig TTRK Part II. Ia bukanlah tentang populariti, tapi
aku memang ingin menyaksikan muzik rock kembali bertapak kukuh di Malaysia.
Semua pihak patut bekerjasama, dan kehadiran ratusan penonton gig TTRK Part II
membuktikan sokongan padu para peminat muzik rock walaupun ia hanya dalam skala
underground saja. Aku telah selesai menulis ulasan panjang lebar gig TTRK Part
II, dan akan dihantar kepada pihak penerbit yang berminat.
-
1 Mei 2008
Orait, hari ini cuti umum yeah!
Walaupun dah masuk bulan lima, keluaran album rock di pasaran terlalu sikit
untuk tahun ini. Walaupun ramai yang mengatakan muzik rock akan kembali
menguasai arena hiburan tempatan, tapi bila melihatkan jumlah album rock yang
keluar setakat ini mungkin harapan itu cuma mimpi. Imbas kembali ketika muzik
rock menguasai pasaran berbelas tahun dulu, setiap bulan akan terdapat
beberapa buah album rock yang akan dikeluarkan. Walaupun begitu, situasi yang
terjadi sekarang ini bukanlah melibatkan muzik rock saja, tapi kesan kemajuan
teknologi hiburan sebenarnya melibatkan industri muzik keseluruhannya.
Tapi, apa yang menariknya sekarang ialah kehadiran beberapa persembahan rock
yang aku anggap menarik untuk disaksikan tidak lama lagi. Pertama, tentulah anda
telah pun melihat poster-poster promosi gig Tribute To Rock Kangkang Part II
yang akan diadakan Ahad ini, 4 Mei di Central Market KL. Aku akan cerita lebih lanjut
mengenainya dalam satu entri lain.
Pada hari yang sama, iaitu 4 Mei,
akan berlangsung juga satu konsert istimewa kumpulan MAY di Singapura. Apa
yang menariknya, konsert itu meraikan ulangtahun penubuhan MAY yang ke-22
tahun, di mana mereka juga menjemput One, salah seorang bekas vokalis MAY
untuk turut beraksi. Yang tidak menariknya, tiadakah penganjur konsert di
Malaysia yang menghargai sebuah band rock terkenal seperti MAY?
Sebaliknya pula, dalam bulan
ini juga, iaitu pada 18 & 25hb Mei, kumpulan Wings akan kembali beraksi di
Planet Hollywood KL dalam satu persembahan istimewa juga, iaitu meraikan ulangtahun
penubuhan Wings yang ke-21 tahun. Ada juga yang menarik dan tidak menariknya.
Pertama, sudah tentunya kehadiran bekas-bekas ahli kumpulan Wings seperti
Mus,
Mel, Jojet & Syam bakal menjadikan ia satu persembahan yang tidak patut
dilepaskan. Tapi, kenapa hanya diadakan di sebuah kelab hiburan yang sangat
terhad kapasiti penontonnya? Sebuah nama besar seperti Wings, tambahan pula tema
persembahan yang begitu istimewa dan nostalgik, wajib mendapat penajaan yang
lebih hebat daripada ini. Apa pun, aku akan ke sana, mungkin ada cerita yang
lebih panjang dan menarik boleh dikongsi bersama nanti.
Akhir sekali aku ingin juga
berkongsi keterujaan membaca berita tentang reunion
Sweet Charity 2008, di mana
mereka bakal beraksi di PWTC KL pada 14 & 15hb Jun nanti. Walaupun ia bukanlah
sebuah konsert untuk para rockers, sebaliknya sekadar sebuah majlis yang
malangnya agak formal & tentunya mahal pada kebanyakan para peminat muda, tapi
kehadiran semula mereka membuktikan yang nama besar mereka masih mendapat
perhatian pihak penganjur, dan semoga konsert atau majlis tersebut mendapat
sambutan, dan paling penting bakal memberikan peluang lagi kepada mereka untuk
membuat persembahan seterusnya, yang diharapkan mampu ditonton oleh lebih ramai
para peminat yang tidak berkesempatan untuk kali ini.
-
29 April 2008
Rusty Blade, seperti yang ramai peminat
rock tahu, telah bergabung kembali dan berjaya berkonsert di
Malaysia pada September 2007. Satu persembahan yang mantap, dan
sebagai salah seorang penonton konsert tersebut, aku memang
berpuas hati dan mengharapkan mereka akan terus aktif. Rusty
Blade kemudiannya dipelawa mengadakan konsert terkini mereka di
Singapura pada bulan Mei nanti. Malangnya berita terkini yang
aku terima menyatakan bahawa mereka telah pun membatalkan
konsert di Singapura tersebut, sesuatu yang menimbulkan tanda
tanya. Adakah Rusty Blade sudah tidak diterima di tempat asal
mereka, atau mungkinkah terjadi lagi masalah-masalah dalaman?
Harap mereka tetap bertahan, janganlah berhenti kerana mereka
baru saja bermula semula. Aku juga masih berharap mereka dapat
kembali ke Kuala Lumpur dalam tahun ini, dapat tengok di Planet
Hollywood pun dah cukup rasanya, di mana aku jamin akan penuh
sesak sekiranya menjadi kenyataan.
-
Arkib blog |
|

 |
Prolog
Selamat
datang kepada para peminat muzik rock khasnya. Laman web ini
telah dibuka pada 30 Mac 2007 dengan tujuan menghimpunkan segala
maklumat dan bahan-bahan yang berkaitan dengan muzik rock
tempatan, khususnya yang telah dikeluarkan di Malaysia dan
Singapura sejak dulu hingga kini. Tidak dilupakan juga segala
macam cabang muzik yang berasal daripada kategori rock seperti
metal, punk dan sebagainya. Dokumentasi muzik rock tempatan ini
adalah sebahagian daripada sejarah muzik moden negara.

Selamat melayari laman web muzikrock.com
Satu penghargaan untuk para rokes!
 |
Artis/Band
Himpunan
senarai artis dan band yang pernah mewarnai persada muzik rock
tempatan. Bermula daripada zaman awal kemunculan band di
Singapura seperti Sweet Charity, hinggalah kehadiran Search dari
Malaysia, muncul pula kemudiannya satu demi satu band daripada
ledakan Battle Of The Bands '86, Juara-Juara Rock '87 dan
sebagainya. Sehingga kini terdapat ratusan artis dan band yang
telah muncul memperjuangkan muzik rock, masing-masing dengan
cara dan perjuangan yang tersendiri.

Lihat Bloodshed,
Febians,
Helter Skelter,
Leez,
Melissa,
Noordin Taib dan
lain-lain
 |
Karyawan
Senarai
pendek para karyawan muzik rock, sama ada yang terlibat daripada
sudut penciptaan lagu, penulisan senikata, penerbit album,
penganjur konsert, dan juga lain-lain bidang yang secara tidak
langsung telah memberi sumbangan terhadap perkembangan muzik
rock tempatan. Karya dan hasil kerja mereka seringkali dibayangi
oleh populariti dan penampilan para artis dan band rock yang
terlebih dahulu menjadi perhatian para peminat. Walau
bagaimanapun, senarai penuh karyawan tidak dapat disediakan,
harap maaf.

Lihat Bakri Johari,
Bob Lokman,
Edrie Hashim,
JS Kevin dan
lain-lain
 |
Kompilasi
Pelbagai
album kompilasi pernah dikeluarkan dengan persembahan dan konsep
yang tersendiri. Tidak hanya sekadar menghimpunkan lagu-lagu
popular, terdapat segelintir album kompilasi yang menjadi medium
himpunan pelbagai artis dan band yang mungkin tidak berpeluang
merakamkan album secara bersendiri. Konsep album kompilasi yang
mempersembahkan lagu-lagu baru daripada pelbagai artis dan band
rock juga berjaya memberi pendedahan awal kepada mereka, seperti
contoh album Clash Of The Bands '87 dan Hikayat Rok '88.

Lihat A
Circle Of Friends,
Alternative
Connection,
Battle Of The Bands,
Mentera Metal dan lain-lain
 |
Konsert
Persembahan
konsert adalah salah satu acara yang paling digemari oleh
para peminat muzik rock. Selain daripada konsert artis dan band
secara bersendiri, konsert gabungan pelbagai artis dan band juga mampu
mencetuskan sejarahnya yang tersendiri. Walaupun arena rock
tempatan masih belum mencetuskan satu acara yang bertaraf
festival rock, namun penganjuran konsert dalam setiap zaman
berjaya meninggalkan kesan kepada khalayak masing-masing.

Senarai konsert Battle Of The Bands, Konsert Kotaraya,
Metal Wars, Rock The World dan lain-lain
 |
Foto & Grafik
Mari
mengimbau kenangan silam dan masa kini dalam paparan Foto dan
Grafik. Saksikan pelbagai aksi para artis dan band rock semasa
zaman kegemilangan muzik rock dahulu. SYJ, Rockers,
Desire, The Boys dan ramai lagi. Terdapat juga koleksi artwork kulit
album, petikan rakaman filem dan muzik video, galeri foto
istimewa yang memaparkan barangan kenangan rock, lakaran dan
lukisan, petikan iklan promosi akhbar & majalah, ragam mat rock,
kartun, foto konsert dan sebagainya.

Lihat foto filem Rock,
muzik video Taman
Rashidah Utama, kasut Aliph
dan lain-lain
 |
Artikel &
Ulasan
Tulisan
mengenai artis dan band rock tempatan, berserta ulasan album
mahupun konsert. Diambil daripada akhbar dan majalah untuk
dijadikan bahan rujukan umum. Ruangan ini juga terbuka kepada
semua pengunjung laman web khususnya para peminat muzik rock
yang berminat untuk mencurahkan pengalaman, pendapat dan ulasan
masing-masing dalam bentuk tulisan. Sila hantarkan kepada webmaster untuk
dipertimbangkan.

Lihat Penonton lebih
menggila Rock dari Pop!,
Ulasan Konsert Misteri
Kembali,
Ulasan album Helter Skelter dan
lain-lain
 |
Senikata
Ruangan
yang mengumpulkan senikata menarik lagu-lagu rock dulu dan kini.
Walau bagaimanapun, ruangan ini memberi lebih perhatian kepada
senikata yang mempunyai tema-tema tertentu, contohnya Hentikan
Peperangan, Musnahkan Dadah, Hidupkan Semangat dan lain-lain.
Senikata lagu-lagu popular terutamanya yang bertemakan cinta
terpaksa dikurangkan kerana
telah banyak terdapat di laman web lain, harap maklum.

Lihat Anak Merdeka,
Besi Beracun,
Hidup Rock,
Inspirasi Taming
Sari, Lanun,
Selamat Pagi
Malaysia,
Syurga Di Hujung Jarum dan
lain-lain
 |


 |
|
|