|
Rock 'N' Roll Band
SENIKATA:
Bob
SENILAGU: Lord

ARTIS: Wings
Memekik, menjerit
Cari makan, belum rasa letih
Berapa lama, bukan terpaksa
Ginilah brader, hidup rock 'n' roll band

Yo yo yo, janganlah marah
Usah berdecit dan menggeleng
Biarpun lama, asalkan suka
Tak kacau sesiapa, hanya rock 'n' roll band

Di situ, asalku
Zaman peminat rock 'n' roll band
Aku menjerit, aku melambai
Kerana suka, bunyi rock 'n' roll band

Yo yo yo, aku yang ghairah
Terus bergoyang(-yang) malam dan siang

Sekarang, bersama
Bernyanyi di depan rock 'n' roll band
Engkau gembira, bukan terpaksa
Rentak bermula, kugiran bergema

Berapa lama, bukan terpaksa
Ginilah brader, hidup rock 'n' roll band
Biarpun lama, asalkan suka
Tak kacau sesiapa, hanya rock 'n' roll band

Orang tak suka, apa nak kata
Inilah sudahnya, nasib rock 'n' roll band
Aku pun suka, engkau pun suka
Orang tak suka, akhirnya kena banned...

Rock 'n' roll band...
SENARAI
SENIKATA
 |